ANIS SUFINA
Wednesday, 8 October 2014
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam
menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala
seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN.
TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
PERPADUAN DALAM KELUARGA
Cara-cara Mencapai Perpaduan dalam Keluarga
Sambutan hari khas keluarga
- Hari lahir.
- Majlis keagamaan.
- Hari keluarga.
- Perkahwinan.
- Ulang tahun perkahwinan.
Berkongsi suka dan duka
- Menerima anugerah.
- Kematian.
- Menyertai pertandingan.
Sokongan anggota keluarga
- Memberi nasihat/motivasi.
- Menyelesaikan konflik dalam keluarga.
- Sokongan moral dan material.
- Kasih sayang dan bimbingan.
Aktiviti keluarga
- Melancong.
- Bergotong-royong.
- Beriadah bersama-sama.
Friday, 26 September 2014
PENDIDIKAN ISLAM
Menyatakan kepentingan menjaga diri dan maruah
Menyatakan cara menjaga diri dan maruah seperti :
• Berpakaian
• Pergaulan
• Percakapan
KEPENTINGAN MENJAGA DIRI DAN MARUAH
• MEMELIHARA DIRI DARIPADA MELAKUKAN PERBUATAN YANG MENCEMARKAN NAMA BAIK DAN MENJATUHKAN KEHORMATAN DIRI SENDIRI. KEMULIAAN DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.
• UMAT YANG BERMARUAH ADALAH UMAT YANG MEMILIKI JATI DIRI DENGAN BERPEGANG KEPADA AJARAN ISLAM DAN TIDAK TERPENGARUH DENGAN UNSUR-UNSUR ASING YANG MEROSAKKAN
CARA MENJAGA DIRI DAN MARUAH
CARA BERPAKAIAN :
• PAKAIAN MENUTUP AURAT
• PAKAIAN YANG KEMAS DAN BERSIH
• PAKAIAN YANG TIDAK MENGANDUNGI LAMBANG-LAMBANG YANG DI HARAMKAN
SABDA RASULULLAH S.A.W SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T BAIK SERTA SUKA AKAN KEBAIKAN, SUCI DAN SUKA AKAN KESUCIAN
CARA PERGAULAN :
• MEMBERI SALAM DAN BERSALAMAN KETIKA BERTEMU (DALAM BATASAN SYARA’)
• MENJAGA TATASUSILA DAN HUKUM SYARA’
• SALING MENGHORMATI, BERKASIH SAYANG DAN BERAMAH MESRA.
• MENJAGA RAHSIA DAN KEAIBAN ORANG LAIN
• MENEPATI JANJI
DALIL :
وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ
….DAN ORANG YANG MENEPATI JANJI APABILA DIA BERJANJI….
SURAH AL-BAQARAH
CARA PERCAKAPAN :
• BERCAKAP DENGAN PERKATAAN BAIK.
• LEBIH BAIK DIAM JIKA TIDAK TAHU.
SABDA RASULULLAH S.A.W : SESIAPA YANG BERIMAN DENGAN ALLAH DAN HARI AKHIRAT HENDAKLAH DIA BERCAKAP PERKARA YANG BAIK ATAU DIAM SAHAJA.
• BAHASA YANG SOPAN.
• BERCAKAP BENAR
GEOGRAFI
Pola Petempatan
Pola Petempatan Berselerak
Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.
Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.
Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.
Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.
Pola Petempatan Berjajar
Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit.
Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng, tali air, dan pinggir laut.
Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.
Pola Petempatan Berpusat
Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan.
Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan ladang kelapa sawit.
Mempunyai jaringan jalan raya yang baik.
Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan
Pola Petempatan Berkelompok
Petempatan berkelompok ialah susun atur rumah-rumah secara berkelompok di sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA.
Petempatan jenis ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara sungai.
Susun atur rumah dan bangunan di petempatan berkelompok yang terancang adalah lebih teratur.

Subscribe to:
Posts (Atom)